Jumaat, 19 November 2010

Atasi stress

Salam pembuka bicara..

Hari ini dan semalam, saya melalui detik-detik yang sangat stress.

Semalam hanya saya seorang yang meng'handle' hal-hal di lab dan customer sebab senior staf bercuti raya. Saya sangat tak mahir untuk menghasilkan slide full blood picture yang cantik. Habis 1 1/2 kotak slide saya kerjakan semata-mata ingin menghasilkan 7 sample slide yang cantik. Tapi tetap tak cantik pun. Hebat kan saya menghabiskan semua slide ke dalam tong sampah. Bila balik ke rumah, saya makin stress dengan keadaan bilik saya yang habis di kerjakan oleh adik-adik saya. Saya memang tak suka kalau mereka start bercuti sekolah. Saya makin tertekan bila ditambah dengan keadaan fisiologi saya yang berubah.

Dan hari ini, saya terpaksa berdepan dengan seorang doktor yang sangat cerewet dan boleh dikatakan tidak friendly langsung. Hanya doktor ganti saja pun. Sangat demanding. Manager saya lari melepaskan diri. Maka, hanya saya terpaksa berdepan doktor ini. huh. Proses pengalaman untuk saya menyesuaikan diri dengan keadaan kot. Nasib minggu depan doktor ini tak perlu ganti tempat saya bekerja lagi. Tapi tiba-tiba, pc saya guna ini infected by worm. Nasib kali ini, manager saya turun padang. he. Tipu. Tolong settle kan pc saya sementara saya handle patient. And now, back to normal. yeay.
Sesuatu yang saya sedar, stress telah mempengaruhi kualiti kerja saya, kesihatan saya dan hubungan interpersonal saya. Sehingga kan saya hilang selera makan. Apa yang perlu buat sekarang?!

Give me a breathing space to stand back and assess the situation in a calmer and more relaxed way please~

Saya fikir cara yang boleh saya gunakan untuk atasinya adalah:

a) Tidur
Memandangkan saya sedang bekerja, mungkin waktu rehat nanti saya boleh buat 30 ke 45 minit. Mungkin bangun dari tidur nanti, saya akan segar semula. Ok, try kejap lagi.

b) Urutan
Saya pernah tahu dengan cara urutan di leher dan bahu boleh kurangkan stress dari pamplet di kementerian kesihatan hari itu. Tapi saya rasa cara ini kurang praktikal bagi saya.

c) Ekspreskan diri secara artistik.
Mungkin menyanyi atau menangkap gambar. Dengan cara ini, saya dapat alihkan energi kepada sesuatu yang positif. Tapi saya pilih untuk menulis di halaman ini.

d) Ketawa.
Cara ini bukan rahsia lagi. Semua orang rasa bila ketawa, bebanan berkurangan. Tapi tak kan nak ketawa sorang-sorang. Sangat tak praktikal. Mungkin perlukan kawan untuk melakukan cara ini agar tak dikatakan gila.

d) Bersikap lembut kepada diri sendiri
Samada sedar atau tidak, saya sentiasa berbicara dengan diri saya sendiri. Secara tidak langsung, menunjukan perilaku dan citra diri. Berbicara tentang hal yang positif kepada diri akan mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan rasa tenang. Tetapi berbicara tentang hal yang negatif akan menyebabkan tubuh keletihan. Maka, think positive dan senyum.

0 komen: