Khamis, 11 November 2010

Episod 2: Saya suka

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan dari kisah Episod 1: Saya suka di post ini.

Z tak sabar-sabar nak tahu pasal hal ini sampai tak sempat-sempat nak tunggu post kali ini.

Teddy bear??

Saya mengaku saya manja. Biasanya, manja dengan teddy bear dengan bantal selalu dikaitkan. Sebab apa ada kaitan macam tu, saya tak pasti. Cuma yang saya tahu, saya memang suka tidur kalau katil itu penuh dengan bantal-bantal. Teddy bear bukan suatu kemestian. Kalau tak ada pun saya tak kesah. Saya masih boleh tidur dengan nyenyak sebab saya ada bantal.

Sebab apa saya suka tidur banyak-banyak bantal? Sebab saya rasa sangat secure. Bila kita dah secure, tidur pun lena la kan? Sejarah saya dengan teddy bear.

a) Waktu saya form 3, ada seorang sahabat hadiahkan saya satu teddy bear berwarna pink lembut sempena hari lahir saya. Sebab nak jaga sangat teddy bear tu, saya selalu basuh teddy bear itu dalam mesin basuh siap dengan spin lagi. Akibatnya, bulu teddy bear itu jadi macam kena kejutan elektrik. Tegak-tegak. Tapi teddy bear itu tak cukup buat saya rasa secure la.

b) Waktu saya form 5, saya dapat satu surprise bila balik dari kelas. Ada satu teddy bear warna kuning lembut atas katil saya. Surprise gila. Ingat ada secret admire bagi. Cari punya cari siapa yang bagi, rupanya adik angkat saya yang bagi. Time ini musim sekolah dah nak habis. Saya pula sibuk study untuk SPM. Tiba-tiba ada surprise mestilah excited kan.

c) Waktu saya form 5 juga, ada satu dedication. Saya tak ingat sempena apa. Kalau tak silap sempena Friendship Day. Saya dapat 4 mug dan 5 teddy bear kecil. Kecil aja teddy bear tu. Agaknya besar tangan Z aje kot. hu. Saya tak tahu nak buat apa dengan teddy bear banyak-banyak itu. Mungkin boleh buat perhiasan pada majlis perkahwinan saya kot. he.

d) Semua teddy bear saya yang ada kat rumah itu dah habis kena make up dengan adik-adik saya. Konon-kononnya nak jadi mak andam tapi tak ada orang nak hire mereka. Dapat jadi mak andam untuk teddy bear pun jadilah.

Hakikatnya, sewaktu saya kecil-kecil dulu saya ada beberapa teddy bear. Ada masa nanti saya uploadkan ye. Kena scan dulu. Ada satu teddy bear tu, dia lagi tinggi dari saya. (berdasarkan gambar waktu kecil dulu ok! Kalau sekarang, mestilah saya lagi tinggi) Tapi seingat saya, saya dah tak pernah jumpa teddy bear itu bila kami sekeluarga pindah ke Puchong. Kes kehilangan teddy bear ini saya kena soal siasat mak dengan ayah saya ini. he. Saya manalah nak ingat. Waktu pindah Puchong, umur saya baru 5 tahun kot. kah.

Ada teddy bear banyak-banyak pun buat apa. Takut saya tak pandai jaga dan akhirnya, dibiarkan berhabuk je. Bila dah berhabuk, bersin-bersin lah saya dibuatnya. Lagipun, bila dah kahwin, saya bukan peluk teddy bear itu lagi. he

Next will be bunga dan aiskrim.

0 komen: