Selasa, 14 Disember 2010

Tahniah jia..

Salam pembuka  bicara..

Post ringkas.

Tahniah buat sahabat saya yang comel, Nazihah Nasiman. Jia, saje nak bagi mencapap sikit nama. Jangan marah ea..

Surpirse sangat sebab jia ini tak pernah cerita pasal contest ini. tup tup.. Jia suruh buka link website {link ini}.

Mula-mula, saya rasa apa la yang si kecil ini nak cakap. Then, buka saja lah link itu. Baca tajuk, saya kata eh..Student Developer Ride Samsung bada Wave. Apa la jia ini.

Support punya pasal saya baca perenggan pertama. Ok, saya masih tiada apa-apa perasaan selain pelik pada link jia ini. Perenggan kedua, saya mula rasa suspicious. Sebab ada tulis UiTM. Tak kan student yang jia maksud kan adalah dia. Saya baca balik perenggan pertama dan berhenti pada ayat ini 'come up with innovative and creative applications'. Ya, saya tahu jia seorang yang kreatif dan innovative dalam imitate hasil orang lain juga. ha. Jangan marah laling.

Saya baca ke perenggan ketiga. Ah, tak best. Sebab rasa ingin tahu saya tengah mengelegak sangat. Scroll down ke bawah. Saya ternampak ayat Team doa Nazihah. Automatik. Jia!! Tapi masih bertenang sebab ramaikan orang nama Nazihah. Tapi saya terus terpaku bila nampak Nazihah Nasiman. Ya. Nazihah Nasiman. Nama ini seorang sahaja yang saya kenal. Saya baca perenggan atas sedikit untuk dapatkan view sebenar. Terus saya call jia tapi hp off. Budak kecil ini memang selalu macam ini. Tiap kali call, off hp. Selalunya solution saya call buah hati jia tapi saya malas.

Dan saya scroll ke bawah lagi. Tadaaa... Memang jia ada dalam gambar ini.

Oleh itu, tahniah laling.

Tiba-tiba saya teringat pada satu artikel yang pernah keluar gambar saya. Nanti saya masukkan ok!

xoxo

0 komen: