Ahad, 9 Januari 2011

4C + 1C= berlian

Salam pembuka bicara..

Masih ingat post saya yang lalu mengenai berlian atau diamond. [post ini]

Dalam membeli berlian, kita boleh menilai kualiti sesuatu berlian dengan mengunakan diamond grading atau dikenali 4C iaitu carat, clarity, cut dan color. Tapi ada juga 1 lagi C yang tak kurang penting iaitu cost. Harus berjimat cermat ok!

a) Carat
Carat adalah ukuran berat sesuatu berlian. 1 carat bersamaan dengan 0.2g. Maknanya, makin berat sesuatu berlian, makin tinggi nilai carat berlian tersebut.


Sumber: Google

b) Clarity
Clarity adalah tahap kejernihan sesuatu berlian. Semakin jernih berlian, semakin mahal lah harganya. Perfect diamond adalah berlian yang tidak nampak kecacatannya. IF adalah berlian yang mempunyai tahap kejernihan yang tinggi manakala I3 adalah berlian yang tidak berapa jernih dan ada sedikit kecacatan macam gambar di bawah ni.

Sumber: Google


c) Colour
Semakin lutsinar berlian atau tidak berwarna, semakin mahal lah nilai berlian. Warna berlian bermula dengan huruf D sehingga Z. Huruf D sehingga G adalah berlian yang tidak mempunyai warna, maka harganya adalah sangat mahal. Semakin kuning warna berlian, semakin murah lah harga sesuatu berlian. Berlian paling murah adalah berlian berwarna hitam atau coklat.

Sumber: Google

d) Cut
Cut adalah potongan pada berlian. Semakin bagus potongan atau hirisan pada berlian, semakin mahal lah nilai berlian tersebut. Hanya orang yang mahir sahaja dapat mengenal pasti samada potongan pada berlian itu bagus atau tidak.

Sumber: Google

e) Cost
Ini adalah C yang terakhir dan C tambahan. Bagi saya, C ini amat penting kerana wang bukan datang bergolek-golek dari langit. hu. Jika anda mampu, tidak salah untuk memiliki nya. Jika kurang mampu tapi masih ingin memilikinya , fikirkan lah yang mana terbaik untuk anda. Jangan sampai ianya membebankan kehidupan. Atau alternatif lain, beli sahaja zirconia cubic. Mungkin ini dapat memuaskan hati anda. Pada saya, sentimental value ada pada sesuatu barang adalah lebih penting dari nilai sebenar sesuatu itu.

Sumber penting untuk mengetahui harga dan maklumat pasaran bagi berlian adalah di Rapaport Diamond Report tapi hanya orang tertentu sahaja yang boleh login dan ianya adalah berdaftar. Ini adalah international standard yang biasa digunakan.

Ini hanyalah pemahaman saya sahaja. Jika salah, sila betulkan.

xoxo



0 komen: