Rabu, 4 Mei 2011

Tak serik-serik di saman

Salam pembuka bicara..

Selamat pagi semua.

Tadi godek-godek handphone yang dah beberapa bulan tak pakai sekali tu terjumpa gambar ini.


dan ini.


Gambar yang mula itu adalah surat saman tahun ini dan gambar kedua adalah surat saman tahun lepas. Ada pembaharuan nampaknya. Semakin maju, semakin canggih.

Baru perasan hampir 4 bulan tak kena saman dah. Jangan kena saman lagi lah, penat nak bayar. Kalau ada abang penguatkuasa tanjung malim yang baca blog ini. Sudah-sudah la saman saya ye. Penat nak bodek bagi diskaun. Eh, bukan saya pun yang pergi bayar. Saya kirim duit dekat mak saja. hukhuk

Kalau nak tahu kereta saya patutnya dah kena diservis tapi sampai sekarang saya tak bawa pergi servis lagi. Rasanya mileage dia dah terlebih hampir 800km dah. Bukan sebab tak ada duit untuk cik beba diservis tapi jauh sangat tempat servis perodua ini, kena pergi servis di Rawang. Tuan cik beba ni dah la sangat malas untuk ke sana. Selama ini pun ayah yang hantar. Hari itu, Z nak pinjam kereta sebab nak balik kampung dia kat Pahang. Saya kata boleh tapi pergilah hantar servis dulu. Alih-alih dia kata tak pe la. cet. Sabar aje la.


Ini pula gambar tahun lepas yang dapat saya snap sambil memandu masa mileage kereta tepat-tepat 5000km. Rajin cik beba saya berjalan dan teman saya pergi merayap. Mood: sayang kereta sendiri dan macam nak demam.

xoxo

0 komen: