Selasa, 30 Oktober 2012

Makan-makan dekat Wong Solo, Seksyen 7 Shah Alam

Salam pembuka bicara..


Dah terlambat ke saya nak ucapkan Salam Aidiladha? Macam mana raya korang best tak? Saya mengalami memori terindah. (ayat tak boleh blah) Pertama kali beraya bersama suami. Pengalaman baru. Giliran raya pun dah start. Aidiladha kali ni di rumah mak mertua saya dahulu.


Hari tu, kawan-kawan tempat kerja ada buat makan-makan dekat Wong Solo, Seksyen 7 Shah Alam sempena nak sambut hari lahir saya dan 2 orang kawan saya. Makanan dekat sini boleh tahan sedap juga lah. Yang penting, sambal dia memang memenuhi selera saya yang suka makan pedas. Harga pula tak adalah murah dan tak da terlalu mahal. Err.. saya tak ingat harga makanan sebab bukan saya keluarkan duit boleh? Hari ini adalah hari orang belanja saya. Kalau tak silap, jumlah makan untuk 12 ke 14 orang tah masa ni lebih dari RM200 juga lah.


Suami pilih set ayam panggang. Setiap set disediakan air minuman.




Saya pula pilih set ayam penyet dan sotong goreng tepung.





Biasanya, kalau kitorang sambut birthday kawan-kawan sekadar belanja makan je. Kali ni, suami buat surprise dengan belikan kek Chocolate Indulgence. Kononnya nak buat surprise dekat saya tapi dah terkantoi sebab saya baca whatapps dia. Agaknya, suami lupa kot yang saya tak minat kek secret recipe. Saya suka Baker's Cottage lagi. 3 orang yang depan kek ni lah yang sambut birthday bersama-sama.




Antara kawan-kawan yang datang masa ni.




Terima kasih korang semua!




xoxo

4 komen:

Izzatul Azma berkata...

Meriahnya sambut dengan kawan ramai2 mcm ni. Kita mcm dah lama tak sambut mcm ni, slalu celeb makan berdua dengan suami je :)

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam dhiera..

wah...seronoknye bila ade celebration ramai2 mcm ni..
meriah :)

dhiera dah preggy ke?
alhamdulillah...tahniah tau...dh brp bln?

LYAfrina berkata...

wahh.. meriahnyer..makan beramai-ramai,. lya sekali je bru mkn ayam penyet..

mama aini berkata...

`hepi belated bezday dhiera`..
meriahnya majlis !!..