Isnin, 3 Jun 2013

Pengkalan Hulu: Minum petang dan pusing Baling

Salam pembuka bicara..


Lama ye tak update blog! Tsunami sibuk melanda saya. Ok, sambung cerita Pengkalan Hulu. Hari tu, saya ada cerita pasal rumah rehat dekat Pengkalan Hulu [tekan sini]. Sangat tak sangka ramai juga rakan blogger yang pernah ke Pengkalan Hulu ni. Kalau bukan sebab adik saya belajar dekat sana, saya memang la tak tahu tempat yang sangat aman ni wujud.


Inilah adik saya yang sekarang jadi warga Pengkalan Hulu untuk tempoh 2 tahun ni.




Minum petang kami sekeluarga di Pengkalan Hulu di kedai kecil yang sedap. Tepi jalan je kedai ni. Kedai Azmi Mee Rebus. (Suka hati je bagi nama). Mee rebus dia nyum nyum.








Ini lah mee rebus yang sedap sangat tu! Pernah mengidam mee ni. Jenuh suami bawak pusing cari mee rebus.




Adik saya kononnya tak ada selera. Dia makan rojak je la.




Lepas makan kami balik rumah rehat pulak untuk solat asar dulu sebelum ke Baling. Rupanya Baling tu dekat je la dengan Pengkalan Hulu. Aih.. dah macam kampung saya plak yang dekat dengan Tanjung Malim nak dibandingkan dengan Kuala Kubu Bharu. On the way balik tu, saja la gatal tangan ambil gambar signboard. Bukan dekat dengan Kedah je tapi sempadan Thailand.






Lepas solat, kami terus ke Baling dan lalu la sekolah adik saya ni.




Sampai dekat Baling, ayah parking betul depan Gunung Baling (mengikut foursquare la). Pekan dia depan gunung. Unik. Tak macam KL.




Dekat Baling, kami shopping barang keperluan adik yang kami fikir boleh beli dekat sini je. Macam air mineral, baldi, gayung, mangga untuk loker dan lain-lain. Owh, kami borong barang pakaian jugak sebab dekat sini murah-murah belaka. Best!




Sebab dah nak maghrib, kami pun balik sebelum gelap. Malam tu kami makan dekat restoran atas tasik plak.


xoxo

4 komen:

dear anies berkata...

cm ne harga nyer? bleh tahan x?

MAY berkata...

untung la htr adek blajar jejauh smbil jejln..

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

Salam Dhiera..
Adess..sdp plk tgk mee tu.. nyum3...
sejuk tak kat situ? ngeee~~~

LYAfrina berkata...

nostalgia.. sbb msa dulu lya pnh sekolah kt pangkalan hulu skejap..klo nk beli brg, turun ke BALING