Selasa, 22 Oktober 2013

Salam aidiladha

Salam pembuka bicara..


Sebenarnya entri dah siap taip sebelum raya tapi tak dipublish. Huargh.. lambat wish dekat korang Selamat Hari Raya Aidiladha. Dah update lepsa raya kena tukar lah cerita ye. Hehe


Hari ahad sebelum raya tu hari lahir saya. Macam biasalah, mak ayah buat surprise. Sambut sama-sama dengan adik saya yang sambut hari lahir 5 hari selepas saya. Dapat pulak kek kegemaran saya. So nyummy!!



Alhamdulillah.. Masih dipanjangkan umur untuk bernafas sehingga hari ini. Terima kasih Allah.


Cerita pasal aidiladha, macam mana dengan raya korang? Syukur Alhamdulillah ada rezeki lebih tahun ni nak buat korban.

Rendang kerang untuk raya haji

Saya kan awal bulan hari tu macam tergerak hati nak buat korban. Bila tanya ayah, slot korban dekat kampung dah tak ada kosong. Saya tanya ayah je sebab ayah bendahari masjid mesti dia tahu segala program dekat masjid. He. Dekat kampung saya 1 bahagian lembu untuk korban RM 400. Lepas tu, tanya kawan yang buat korban dekat Cheras pun sama juga. Saya fikir tu harga standard la tu.


Sebab dekat kampung dah tak kosong, google-google la sebab ada juga orang yang buat dekat Kemboja dan negara lain. Buat dekat Kemboja, 1 bahagian RM 250 dan masih ada kosong tapi saya tak terus daftar sebab nak minta izin suami dulu. Sampai lah tarikh tutup untuk daftar buat korban dekat Kemboja saya lupa tanya husband.

Setiap kali raya mesti ada lemang

Saya fikir tak ada rezeki kot nak buat korban tahun ni. Sekali tu, hari Sabtu sebelum raya kerajaan negeri bagi lembu. Ayah buat offer RM 300 1 bahagian. Tapi dah petang baru saya tahu sebab memerap dalam bilik je. Masa tu pun ayah dah announce dalam facebook group kampung. Dah penuh la tu agaknya. Tapi tetap berdoa supaya dapat juga buat korban tahun ni.


Alhamdulillah. Malam raya sampai lagi lembu dari kerajaan negeri. Masa ni terus grab sebab lembu sampai je mak terus bagitahu dekat saya. Syukur sangat sebab Allah permudahkan niat nak buat korban tahun ni. Terima kasih Allah. Bukan takat saya sorang je yang buat korban, mak dengan suami pun buat korban juga tahun ni. Alhamdulillah.


In sha Allah, kalau ada rezeki lebih lagi tahun depan nak buat korban jugak. I felt soo bless. Alhamdulillah. Macam mana raya korang?


xoxo

4 komen:

::NureeN:: berkata...

rendang kerang.. perghhh sedapnya... :)

HeNRieTTa JoSe berkata...

rendang kerang...bestnye...thun nie xbuat korban...sekdar bantu apa yang perlu....dan raya pown ala kdar sahaja...

Myra Jay berkata...

Sedapnya tengok kerang2 tu nak baut rendang :)

Myra pun ada psg niat thn depan nak buat korban :D

dear anies berkata...

salam aidil adha wpn da lbh semggu...happy belated birthday