Ahad, 28 September 2014

Menu untuk open house

Salam pembuka bicara..


Alhamdulillah, niat nak buat open house setiap tahun dapat dilaksanakan juga tahun ni dengan kehadiran tetamu yang berbeza. Niat nak buat open house setiap tahun sebab nak jamu tetamu datang rumah dan memeriahkan rumah yang kami duduk ni. Ok. Ini entri raya yang terlah berlalu. huhu


Tahun lepas open house dekat rumah Puncak Alam. Tahun ni dekat Bidor pula.


Menu open house tahun ni (2014):
- Bihun Goreng
- Lontong
- Nasi impit + Kuah kacang
- Sate ayam
- Otak-otak
- Rojak buah
- Kek lapis sarawak
- Puding marble
- Kuih raya
- Air oren




Alhamdulillah, kalau bukan disebabkan openhouse ni mesti saya masih tak kenal jiran-jiran saya, Jiran yang bangsa cina dan india pun datang beraya juga. Sekurang-kurangnya, saya kenal beberapa sikap jiran-jiran saya.


Sehari sebelum tu, di klinik pun ada juga buat openhouse. Masa macam ni lah kita kumpul beramai-ramai staf dan borak-borak. Open house klinik ni kami masak beramai-ramai dan ber'pot luck' siap.





Menu openhouse tahun ni upgrade sikit dari tahun lepas sebab tahun lepas kan first time buat openhouse, jadi tak berani buat banyak-banyak.


Menu tahun lepas:
- Bihun goreng
- Laksa
- Buah tembikai
- Kek lapis sarawak
- Agar-agar
- Karipap
- Popia otak-otak
- French fries
- Nugget


Menu tahun lepas banyak betul yang bergoreng-goreng. Hihi. Tahun lepas ramai gak kawan-kawan blogger datang rumah.


xoxo
dhiera

0 komen: