Khamis, 11 Januari 2018

Cempedak Goreng Yang Menjadi Idaman Kalbu

Salam pembuka bicara..


Taraaa... Nampak permulaan 2018 ni masih ada mood untuk update blog ni. Hahaha


Hari ni buat kerja luar. Balik awal, lunch awal. Boleh la hadap ni.


Tiba-tiba teringat pada CEMPEDAK GORENG!




Masa awal pregnant hari tu, ni la makanan yang sangat menjadi idaman. Masa tu belum lagi musim cempedak. Suami tanya nak makan apa, saya jawab nak makan cempedak goreng. Pusing 1 Bidor cari cempedak goreng, mana nak jumpa sebab bukan musim.


Last-last, suami tanya 1 kedai buah ni. Kedai ni memang kitorang selalu beli buah dekat situ. Kebetulan ada! Ya Allah, rezeki sangat tapi bukanlah buah fresh yang kita beli timbang tu. Dia kata cempedak tu ada lebih hari tu, dia dah kopek dan simpan dalam peti beku. Memang rezeki sangat sebab owner tu bagi je buah tu. Tak payah bayar katanya. 1 plastik pulak tu. Dia siap tanya, bini mengandung ke? Hahaha.




Makanya, beberapa hari berturut minum petang cempedak goreng je. Siap sarapan cempedak goreng. Maafkan ibu, dzikri 😂😂


Akibat asyik makan cempedak → 1 badan masuk angin. Pakej perut kembung. Amekaw. Mujur ada peppermint EO tapi guna secara berhati-hati jugak sebab masih menyusukan dzikri. Lepas insaf, terus beli EO spearmint buat stand by kalau badan masuk angin lagi, boleh la guna tanpa memikirkan supply susu nanti.


Itulah orang kata, makan tu beringat sikit. Makan secara bersederhana bukan berlebihan.


xoxo
dhiera

16 komen:

Muis Ismail berkata...

salam dhiera..
sy ni segala jenis goreng pisang ke, keledek ke, cempedak ke..tak berapa suka.hihi
cempedak goreng setakat seulas dua..okla jugak.
sekali sekala..

nohas berkata...

sedap..dah lama tk makan cempedak goreng..

Warisan Petani berkata...

Alhamdulillah rezeki dapat makan cempedak goreng puas2

Shahida Dzulkafli berkata...

Sedapnya cempedak goreng... Lepas makan isinya, sha suka rebus biji dia.. Pastu kopek kulit dan makan.. Pergh!!

Fatin Shahrizam berkata...

Sedapnya! Kalau fatin makan ni dengan sekali biji pon Fatin kunyah hahaa.

dear anies berkata...

cempedak goreng... hanya peminatnya sahaja yg mengerti bla dpt mkn, rs heaven dah dunia ni kannnn ;-)

Nur Azian Jaafar berkata...

aduhh sedapnya.. cikyan suka.. lama xmkn wehhh. nak jugak !

Nina Mads berkata...

faveret jugak ni tp suka yg tak berapa ranum sbb goreng nanti xbest mkn.. serap minyak byk sgt

Dhiera nadhirah berkata...

@Muis Ismail
yeke? jarang-jarang ni jumpa orang x suka mak nenek pisang, cempedak goreng etc ni

Dhiera nadhirah berkata...

@nohas
tengah musim ni kak. boleh cari nanti

Dhiera nadhirah berkata...

@Warisan Petani
betul. rezeki sangatt

Dhiera nadhirah berkata...

@Shahida Dzulkafli
suami akak pun makan biji cempedak ni. tapi akak x reti makan

Dhiera nadhirah berkata...

@Fatin Shahrizam
fatin pun makan biji ke? akak tak reti makan biji dia

Dhiera nadhirah berkata...

@dear anies
yezza tepat sekali

Dhiera nadhirah berkata...

@Nur Azian Jaafar
boleh pi cari cikyan. tengah musim ni

Dhiera nadhirah berkata...

@Nina Mads
betul. kalau dia masak sangat, dia serap minyak tapi yang lembik-lembik ni la yang suka sungguh