Selasa, 2 Januari 2018

Menuju ke 2018 dengan penuh harapan

Salam pembuka bicara


Selamat Tahun Baru Dunia!


Pergi dah 2017 dengan penuh kenangan
Datangnya 2018 dengan penuh harapan


Planner 2017 boleh tutup buku.
Kita gunakan planner 2018 sepenuhnya.




Kalau dekat instagram tu, banyak lah update #bestnine memasing di penghujung 2017.
Di awal 2018 ni masing-masing pakat update anak masuk sekolah.


Dekat blog kita ni, kita share BEST NINE 2017 la ye.




Inilah BEST NINE saya yang mana dikongsikan dalam IG saya. Overall banyak tentang keluarga sendiri.


Tapi yang paling top sebab dianugerahkan Tokoh Penyusuan Susu Ibu Eksklusif 6 Bulan. Hari yang sama, saya kongsikan jugak secebis pengalaman yang ada sepanjang menyusukan anak sepanjang 2 tahun memberi susu badan sepenuhnya. Banyak sangat cabaran dalam menyusukan anak. Alhamdulillah diberikan rezeki untuk tetap bekalkan susu badan untuk anak sepanjang saya bekerja. Pengasuh sangat berkerjasama dalam journey ni. Sekarang, saya dah tak pam untuk anak dah. Tapi masih lagi direct feeding bila di rumah.


Keduanya, small gathering masa open house kawan seuniversiti dulu. Nampak dedaun dekat belakang gambar tu? Ohhh.. terus teringat Korea di kala autumn. Gitu.. over dia.


Ketiga dan kelima, gambar dzikri tak nak layan ibu selfie.
Ke3/ Sebenarnya dia merajuk sebab ibu balik keje lambat. Dekat jam 9 malam baru, ibu habis kerja.
ke5/ Baju raya kedua sedondon gitu anak beranak.


Ke4/ Throwback gambar nikah sebab anniversary kelima Ogos lalu


Ke6/ Surprise dari Encik Suami. Delivered terus ke tempat saya memberi ceramah. 😂


Ke7/ Nutritionist Simposium. Dapat gathered bersama kawan-kawan seuniversiti yang kini menjadi rakan sejawat. Terselit juga hal kerja dalam hidup ini


Ke8/ Gambar photoshoot raya kami. Tahun ni, InshaAllah bakal bertambah umat lagi dalam gambar raya kami


Ke9/ Yang terakhir sekali, sejenis gambar yang belum move on dari anniversary. Kita gabungkan gambar dari zaman bertunang aka pre-wedding, nikah, honeymoon ke Krabi dan akhir sekali penambahan umat dalam keluarga kecil kami.


Itulah serba sedikit BEST NINE 2017 saya.


Nak tengok BEST NINE 2016? Kan tak share tahun lepas 😇😇




Best nine 2016 malas nak cerita sebab dah lapuk dek zaman. Kekekeke. Tapi kenangan 2016 masih segar dalam ingatan. Oh, rindunya Korea! Eh eh eh


xoxo
dhiera

27 komen:

dear anies berkata...

wahhh hebat tuuu tokoh menyusuan susu ibu!!! tahniah!!

Nina Mads berkata...

selamat thn baru.. happy blogging

E'in berkata...

perkara paling eksited bile nak masuk tahun baru ialah beli planner! hihi

Julia Tarmidi berkata...

Salam singgah dan follow :)

http://www.akuseorangtraveler.com/

Nur Azian Jaafar berkata...

selamat tahun baru. semoga tahun ni memberikan 1001 perkara yg baik buat sis. suka tgk gmbar2 tu. ceria !

Nur Azian Jaafar berkata...

btw, gambar last skali tu kan.. comelnya. hihi

En iLHAM berkata...

Selamat tahun baru juga ya

KAU ILHAMKU

Shahida Dzulkafli berkata...

Assalamualaikum.. salam perkenalan, follow sini..
Salam 2018 ye.. semoga tahun ini lebih banyak perkara baik yang berlaku.. Aamiin..

galaksi viral berkata...

Selamat Tahun Baru kak. Semoga tahun ni hidup kita semua sentiasa bahagia dan ceria kak. InsyaAllah. Aamin. :)

Fatin Shahrizam berkata...

Teringin nak buat sampai last last lupaa. Hahaaa

Mrs Pip berkata...

Selamat tahun baru ... semoga tahun ni beri lebih banyak kenangan menarik .... mrs pip dtg melawat ....

Atie Zieya berkata...

Happy New year ^^

Best Nine mmg the best la kan

nohas berkata...

Happy new year 2018..

Dhiera nadhirah berkata...

@dear anies
ramai lagi ibu yang berjaya anies. btw, terima kasih

Dhiera nadhirah berkata...

@Nina Mads
happy new year. selamat blogging jugak

Dhiera nadhirah berkata...

@E'in
yezza. damn true!

Dhiera nadhirah berkata...

@Julia Tarmidi
terima kasih julia. dah singgah ke blog julia juugak

Dhiera nadhirah berkata...

@Nur Azian Jaafar
anak bujang dapat tengok video gitu la

Dhiera nadhirah berkata...

@En iLHAM
selamat tahun baru jugak

Dhiera nadhirah berkata...

@Shahida Dzulkafli
salam perkenalan

Dhiera nadhirah berkata...

@galaksi viral
selamat tahun baru GV

Dhiera nadhirah berkata...

@Fatin Shahrizam
sempat lagi aih nak buat. pi buat

Dhiera nadhirah berkata...

@Mrs Pip
inshaAllah. terima kasih melawat

Dhiera nadhirah berkata...

@Atie Zieya
happy new year.

throwback gitu kan

Dhiera nadhirah berkata...

@nohas
happy new year jugak

Nina Mads berkata...

ramai yg share pasal ni.. apa nama IG dhiera? nina dh masukkan dlm bloglist

Dhiera nadhirah berkata...

@Nina Mads
saya pun dah masukkan nina dalam bloglist. tq melawat. ig saya dhiera_zainudin