Isnin, 26 Februari 2018

Stok sambal bacang

Salam pembuka bicara


Super hectic tiring February sampai terfikir cepat lah dik keluar. Alhamdulillah, sekarang dah term in pregnancy. 37 minggu lebih dah. Adik boleh lah nak keluar bila-bila masa tapi ibu masih bekerja lagi.


Malam tadi scroll scroll gambar. Terscroll gambar sambal bacang.




Kalau nak tahu, pregnant kali ni paling banyak stok sambal bacang dalam peti ais tu. Masa musim bacang aritu, bersungguh mak yong buat stok. Setiap hari melantak sambal bacang. 😂😂 I'm a happy ibu.


Bacang bacang ni pula semuanya orang bagi. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki buat mereka yang memberi buah bacang kepada mak yong.


Nak buat sambal bacang ni pun mudah gile la. Asal ada bacang, cili besar dan belacan sikit. Macam suami saya, dia suka tambah cili api sikit kasi kaw. Kuantiti agak-agak je. Sumbat semua dalam blender. Tambah air sikit. Blend!




Dan siap! Senang kan kan.



.
Musim bacang ni dah lepas lama taw. Bulan 10 aritu tak silap. Jangan pula korang cari buah bacang ni. Super late entri kan.


xoxo
dhiera

Jumaat, 9 Februari 2018

Anak ibu vs anak ayam

Salam pembuka bicara


Sedang dalam fasa waktu yang sangat sibuk! Bulan terakhir untuk bekerja sebelum bercuti panjang. Rasa tak menang tangan nak buat semua perkara dan yang paling penting adalah mentally tired and physically tired.


Kongsi sikit ragam si Dzikri yang nak main sangat dengan anak ayam. Pening atok tengok cucu sorang nak dok main-main dengan anak ayam dia. Atok dzikri memang akan bela ayam stand by untuk kenduri, raya dan sebagainya. Kurang-kurang jimat belanja beli ayam. 😆




Memula dia ambil anak ayam ni, dia letak dalam besen biru. Lepas tu, ayam tu berak dalam besen tu. Tukar pula ke pinggan makan. Aduhai anak. Stress nenek kamu!




Lepas tu, bertukar pula ke atas meja sahaja.




Datang atok dia, terus dialaskan surat khabar lama. Yang tak tahan tu, siap paksa anak ayam ni makan beras yang dia amek dekat dapur nenek.




Budak-budak kalau balik kampung memang seronok. Sama macam kita dedulu balik kampung sebab dapat bebas dan bermain dengan ayam, kucing segala. Teringat pulak memori masa kecil-kecil dulu.


Sekarang ni, bila duduk dekat rumah sendiri, kesian dekat anak sebab ibu takut nak lepas keluar tanpa pemerhatian ibu atau abi. Kadang-kadang, motor kereta laju je walaupun dalam kawasan taman. Rasa zaman budak-budak sekarang tak begitu bebas nak dibandingkan dengan zaman kita membesar dulu. Harapnya walaupun berlaku limitation macam ni, dorang enjoy membesar dalam zaman kanak-kanak dorang.


xoxo
dhiera