Rabu, 17 Julai 2013

Menderma di hujung jari

Salam pembuka bicara...


Saya ada berjanji dalam entri ini [link] untuk kongsikan macam mana saya menderma pada mereka yang memerlukan menggunakan hujung jari sahaja.


Dulu kan, saya selalu derma pada orang-orang yang pegang tabung kat tepi-tepi jalan atau tabung dekat restoran atau supermarket gitu. Niat dah betul dah. Tapi kadang-kadang tak jumpa orang-orang ni. Dalam masa yang sama, selalu la nampak kat TV yang dorang ni kutip derma untuk menipu lah apa la. Tapi kita mestilah bersangka baik pada orang kan? Kemudian, saya macam tersedar yang mungkin Allah sengaja tak nak temukan saya pada orang-orang ni kot. Mungkin Allah nak saya cari cara lain yang lebih mudah untuk menderma. Yang kurang rasa ditipu atau mungkin supaya syer-syer saham saya dapat diberi pada orang yang sepatutnya dan berpanjangan dalam darah mereka. Sekurang-kurangnya ada kan daripada tak ada langsung.


Suatu hari, Allah gerak kan hati saya untuk google macam mana nak menderma dengan mudah dengan duduk di kerusi pejabat sahaja. Mula-mula, google. Saya susah nya nak cari. (Tips: Jangan merungut kerana merungut boleh bocorkan kolam jiwa. Masa ni tak tahu lagi. Tak pa. hehe) Lepas tu, bukalah website Lembaga Zakat. Ingatkan boleh lah nak menderma dekat golongan asnaf ke kan. Tapi masa tu website lembaga zakat dah tutup pendaftaran baru sebab nak kemaskini data yang sedia ada. Frust lagi. Dan terfikir, "eh, dekat Klang Sentral ada Pusat Zakat". Konon-konon nak pergi sana lah. Cakap dengan suami, suami macam buat tak reti je. Tiap kali pun, lalu je. Touching la juga. Yela, kerja kan mana ada masa nak singgah-singgah.


Google lagi dan lagi. Sampai akhirnya, saya dapat tahu nak menderma melalui CIMB Clicks sahaja. Orang kata nak buat benda baik memang selalu kena ujikan, yang penting tak putus asa.


Meh saya share macam mana nak menderma melalui CIMB Clicks.

1. Log in.

2. Pergi pada tab PAY

3. Pilih BILLS

4. Pilih akaun dekat FROM

5. Pilih OPEN BILLER --> pilih ZAKAT/ CHARITIES

6. Kemudian SELECT A BILLER --> saya selalu pilih Islamic Relief Malaysia



7. Keluar Kotak macam bawah ni. --> Masuk semua detail yang diperlukan --> untuk appeal categories saya selalu pilih Palestine Emergency Appeal  --> Jangan lupa masukkan amount



8. Kemudian, keluar kotak bawah ni



9. Tick pada kotak kecil dan proceede

10. Kemudian, request TAC. --> key in TAC --> DONE


Senang je kan? Hujung jari je.


Ada banyak badan kebajikan yang boleh kita pilih, pilih je mana-mana yang berkenaan.


xoxo

Isnin, 15 Julai 2013

Kebergantungan kepada Allah

Salam pembuka bicara...


Macam mana ye nak disiplin menaip dalam blog ni?


4 hingga 7 Julai tempoh hari saya join program Dr. Azizan Osman (DAO) iaitu Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). DAO memang banyak lah ubah cara saya berfikir, bercakap, rasa dan bertindak. DAO selalu sebut "Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat, itu semua adalah DOA". Jadi, berjaga-jagalah apa yang anda cakap, rasa, fikir dan buat ye! Lagi, DAO juga ada share "Apa yang kita buat hari ini menentukan siapa kita pada hari esok".


Alhamdulillah. Banyak lagi DAO kongsikan. Yang pasti IMKK Julai 2013 ni buat kita kenal siapa kita yang sebenarnya, apa tujuan kita hidup sebagai khalifah di muka bumi ni. Bab-bab nangis kerana keinsafan, memohon pada Allah, semua berada di sini. Yang penting sekali, hidup kita mesti ada keberkatan terutamanya daripada mak kita, suami kita dan orang-orang yang kita sayang. DAO ubah persepsi kita pada wang. Segala yang negatif-negatif tu dah buang jauh. Syuh syuh.. Sentiasa fikir yang positif je. Jangan dirosakkan kolam jiwa saya!


Kalau ditakdirkan kereta anda dihentam orang, fikirkan macam mana anda bertindak, macam mana anda berfikir. Semua yang berlaku berbalik pada pemikiran kita. Kalau kita takut sangat orang datang rompak rumah kita maknanya kita sedang menarik magnet negatif untuk ditakdirkan rumah kita terpilih untuk dirompak. See. Apa yang kita fikir, itulah yang mungkin berlaku. Selalu muhasabah diri. Lihat ada ke orang sekeliling kita yang tak gembira dengan kita. Gembira kan mereka walaupun beli 3 keping roti canai yang modalnya tak sampai RM 5. In sha Allah, kita menarik rezeki yang lain. More we give, more we get back! Jadi lah seorang yang generous giver and an excellent receiver. In sha Allah, bertambah keberkatan dalam kehidupan anda. Anda tambah nilai hidup orang lain, makin bernilai lah hidup anda.


Kolam jiwa. Cek kolam jiwa kita samada besar ke kecil ke tersumbat ke mengalir dengan laju ke? Saya ada kolam jiwa yang besar yang mudah menarik rezeki yang banyak tapi saya yakin mesti ada kebocoran dalam kolam saya, mesti agak kotor kolam jiwa saya sebab tu rezeki suka datang dan pergi. Tapi itu dulu. Sekarang, tiap-tiap hari saya cuci kolam jiwa saya. Kalau kita rasa wajib mandi setiap hari samalah dengan kolam jiwa kita yang kena dicuci setiap hari. Pastikan kolam jiwa tu sentiasa bersih. Sebarkan aura positif.


Orang yang ber'aura positif' dan cuba untuk berubah ni, silalah jauhi orang-orang yang ber'aura negatif' ni. Bukan jangan berkawan dengan mereka tapi cukup jauhkan. Lagi-lagi buat mereka yang berusaha nak berhenti rokok. Ingat! You must appreciate your organ. Power of appreciation. Sayangi lah organ anda yang berusaha keras untuk memastikan anda nampak sihat! Nampak sihat ya. Dalaman tak tahu sihat ke tak. Lagisatu, kalau duduk dengan orang ber'aura negatif' secara tak langsung, cas-cas negatif tu tempias jugak dekat kita. Jadi, kita kena Fokus, Fokus, Fokus. Jangan biarkan aura negatif melekat pada anda. Jangan komplen tapi doakan mereka. Doakan mereka KAYA dan BERJAYA!


Jangan lupa, sekali kita berselawat pada kekasih Allah, 10 kali Allah dan malaikat berselawat balik kepada kita. Tak ke untung? Oh, DAO ada cakap "anda bertuah kerana Allah jadikan anda untuk jadi seorang yang berada dalam IMKK". Sebenarnya, tak ada istilah "ter" "ter" dalam hidup kita. Semua tu memang Allah yang tentukan, Allah yang menggerakkan hati kita. Kalau bukan kerana Allah, pasti saya tak akan berada di kalangan jutawan dan bakal jutawan dalam IMKK ni. Terima kasih Allah kerana Kau adalah sebaik-baik perancang dan pengurus. Saya ni kuli je. Saya sentiasa akan buat apa yang Allah dah rancangkan dan uruskan untuk saya kerana segala yang Allah buat adalah yang terbaik dan sebaik-baiknya. Terima kasih Allah sebab Kau tak pernah tinggal kan saya keseorangan.


Kalau dulu saya set dalam minda saya, setiap hari saya derma RM 1 sehari tapi kadang-kadang lupa juga. Sedekah ni membersihkan kolam jiwa kita! Jadi, sekarang... saya telah beli satu bekas tabung yang mana saya label kan sebagai charity! 5% dari gaji saya dan suami akan kami masukkan dalam tabung charity. Menderma RM 1 sehari pun masih diteruskan dan ditambah RM 1 sehari ke dalam akaun mak saya tanpa pengetahuan mak saya. Ala, RM 1 je. Sikit sangat (kata my small little voice). Tapi sekurang-kurangnya saya cuba menambah nilai dalam hidup orang lain dari tak ada langsung. Dengan bagi RM 1 ni juga la, kita sebenarnya sedang menanam syer-syer saham Akhirat kita. Sedar tak? Nanti saya akan kongsikan macam mana saya menderma dengan hanya di hujung jari.


Terlalu banyak yang saya belajar. Kesemuanya berkaitan kebergantungan kita pada Allah. Allah tu rakan baik kita. Rakan yang paling baik. Sumpah, kita tak akan jumpa kawan baik dalam dunia yang sama macam Allah. Minta je apa-apa dari Allah. In sha Allah, Allah akan makbulkan. Memang terbukti pun. Pernah minta Allah belanja makan? Pernah mintak Allah pulihkan sakit orang yang kita sayang? Pernah tak Allah ingatkan yang korang belum lagi sembahyang Isyak? Nanti saya akan kongsi beberapa perkara yang jadi pada diri saya selepas saya sedar minta lah segala-galanya pada Allah, bukan pada manusia.


In sha Allah, tahun depan saya nak pergi lagi IMKK tapi bukan ambil VIP seat. Ya Allah, aku nak duduk di kerusi depan sekali. Nak tatap muka mentor saya tu. Nak dapatkan aura-aura positif dari beliau. Kau sebaik-baik perancang dan maha mengetahui samada aku layak ke tak duduk kat depan tu. In sha Allah, Super Supreme seat menjadi milik saya! Amin...


Saya doakan semua pembaca blog saya; ANDA KAYA DAN BERJAYA!! Salam Ramadhan.


xoxo

p/s: Agak lama juga tak buat entri bergambar